Tuesday, July 7, 2009

Pengenalan

Apakah itu Cendawan?

- Organisma dalam kumpulan kulat

- Tidak mempunyai korofil hijau

- Tidak boleh buat makanan sendiri

Kulat terbahagi kepada 2:

1. Kulat rendah (mundur) : Tidak menghasilkan buah besar

Contoh: kulat pada roti

2. Kulat tinggi (maju) : Menghasilkan buah besar yang dipanggil cendawan. Contoh: cendawan tiram

Kulat lebih mirip kepada haiwan dan manusia kerana ia menyerap makanan dengan mengeluarkan enzim.

Sejarah Cendawan

Sejarah dan Perkembangan Industri Cendawan di Malaysia.

Dulu cendawan tumbuh liar di dalam hutan, di tempat- tempat lembab dan di atas bahan- bahan organan yang mereput. Hanya ditemui di musim hujan dan lembab.


Kini cendawan:

ü Boleh ditanam seperti sayur- sayuran yang lain

ü Dibiakkan menggunakan teknik tisu didik

ü Boleh diperolehi bila-bila masa

ü Boleh dikawal pengeluaran hasilnya

ü Berbagai jenis boleh ditanam

Tahun 60-an – menanam cendawan pada batang kayu, contoh: shiitake dan telinga kera.

Tahun 70-an – menanam cendawan menggunakan media jerami padi

Tahun 80-an – menanam cendawan menggunakan hampas kapas

Terkini- Menanam cendawan menggunakan habuk kayu

Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yg mengandungi :

          1. Selulose
          2. Hemiselulose
          3. Lignin

Antara bahan yang mangandungi kandungan di atas :

  1. Habuk kayu getah
  2. Sisa kapas
  3. Kayu berangan
  4. Kayu oak
  5. Akasia
  6. Jerami padi
  7. Sekam padi
  8. Tandan kosong kelapa sawit
  9. Batang kelapa sawit

Sekarang ini cendawan telah menjadi makanan yang digemari dan diklasifikasikan sebagai satu tanaman industri yang akan dibangunkan supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh diberi kepada usahawan tani / syarikat yang terlibat seterusnya menjana pendapatan Negara.

Cendawan bukan saja sebagai hasil pertanian yang dimakan segar, tetapi akan dimajukan sebagai bahan yang banyak digunakan dalam menghasilkan produk industri asas tani seperti minuman, produk kesihatan, produk penjagaan diri dan makanan ringan.

Penghasilan Cendawan

Aliran Penghasilan Cendawan

2. Penyediaan Substrat Cendawan (penanaman)

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Habuk kayu getah

2. Kapur pertanian

3. Dedak padi halus

4. Air

5. Plastik propylene (PP) (9 cm x 25 cm)

6 Neck/tengkuk

7. Cap/penutup

8. Kapas/span

3. Pembungkusan

Pembungkusan substrak cendawan boleh dilakukan secara manual atau mekanisasi.

4. Pengukusan

Pengukusan dilakukan sama ada secara besar atau kecilan iaitu dengan tong drum atau steamer.
Dalam tong drum dikukus selama 6-8 jam.
Dalam steamer dikukus selama 8-12 jam.


5. Penyuntikan Benih

Peralatan yang diperlukan untuk penyuntikan benih :

- benih

- pengorek benih

- pelita spirit/burner

- Pen marker

6. Pengeraman

Peram beg media cendawan selama lebih kurang 60 hari dalam keadaan gelap, pada suhu 28-30C sehingga maisilium putih tumbuh penuh ke seluruh beg cendawan. Semasa pemeraman tidak perlu penyiraman air.

7. Penghasilan dan Penuaian Hasil

Penuaian dilakukan dengan menarik jambak cendawan matang menggunakan tangan. Selepas iti tutup cap dan rehatkan beg cendawan 7-10 hari. Buka semula untuk pusingan seterusnya.

8. Pengendalian Lepas Tuai.

a) Pembungkusan

- Bungkus menggunakan plastik/ bekas styrofom/kotak kertas

- Susun cendawan secara terlangkup

b) Penyimpanan Sejuk

- Segera disejukkan slps dipetik

- Pembungkusan secara vakum memberi jangka hayat 7-10 hari

Ciri-ciri Asas Rumah cendawan:

- pengudaraan yang baik

- dinding netting di bahagian bawah dan plastik di bahagian atas

- terlindung dari cahaya matahari dan hujan

- rumah cendawan mesti beratap (sebaiknya aluminium)

- suhu sesuai : 28°C - 32°C pada kelembapan bandingan (RH) : 80-90%

- kalis serangga dan penyakit

- dinding netting, lantai bersimin dan celupan kasut di muka pintu

Faedah Pusat Pembangunan Cendawan

  • Meningkatkan bilangan usahawan cendawan.
  • Menambahkan pendapatan usahawan cendawan
  • Meningkatkan pengeluaran hasil utk pasaran tempatan dan eksport cendawan serta mengurangkan kadar import cendawan.
  • Memberi peluang pekerjaan.
  • Mengalakan pembangunan industri hiliran

Insentif Industri Cendawan

a) Jenis insentif fiscal

  • Pengecualian cukai pendapatan.
  • Potongan Elaun Pelaburan.
  • Potongan ke atas Perbelanjaan Modal

b) Insentif bukan fiscal

  • Pinjaman
  • Geran
  • Bantuan teknikal
  • Pegawai dagang
  • Buruh asing
  • Khidmat perundingan
  • Latihan/ kursus