Jenis Produk Yang Dikeluarkan
1. Bibit cendawan
2. Cendawan segar (Cendawan Shiitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Telinga Kera)
3. Cendawan kering (Ling Tze Slices)
4. Ling Tze Coffee
5. Ling Tze Tea
Produk Ling Tze Coffee dan Ling Tze Tea yang dikeluarkan di Borneo Mushroom
Khasiat Cendawan
(Sumber dari Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
1. Cendawan Shiitake (Lentinus endodes)
- Mengandungi Lentinan iaitu ubat antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk
kanser paru-paru, usus, serviks dan payudara.
- Merencat kejadian semula kanser.
- Meningkatkan sistem imun dengan merangsang limfosit dan makrofaj melawan
bakteria, virus, sel tumor dan toksin.
2. Cendawan Ling Tze (Ganoderma sp.)
- Menghalang dan merawat kanser.
- Meningkatkan sistem imun: antiallergik, anti-radang, antiviral, antibakteria dan
antioksidan.
- Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat asma dan masalah pernafasan
lain.
- Melindungi hati dengan meningkatkan proses detoksifikasi.
3. Cendawan Tiram (Pleurotus spp.)
- Mengawal atur darah – anti-thrombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan
glukosa dan lipid.
- Meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.
- Merencat pertumbuhan tumor.
- Antioksidan dan aktiviti perlindungan gen.
4. Cendawan Telinga Kera (Auricularia sp.)
- Merawat gangguan kardiovaskular: memecah darah beku, mengawal atur tekanan
darah, merendah kolesterol dan lipid.
- Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
- Boleh mengurangkan berat badan.
Nilai Nutrisi
1. Mengandungi protin dan kabohidrat yang tinggi
2. Kaya dengan vitamin dan zat galian
No comments:
Post a Comment